Klinik Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Kanser Sakit Puan merangkumi pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit seperti ketumbuhan fibroid, sista (cyst) ovari, endometriosis,kanser ovari, kanser serviks (pangkal rahim), kanser rahim, rawatan kolposkopi, pembedahan laparotomi dan laparoskopi
Khamis, 31 Mac 2016
Khamis, 11 Februari 2016
Isnin, 11 Januari 2016
SENAMAN SEMASA HAMIL
SENAMAN
SEMASA HAMIL
Aktiviti fizikal dan reproduktif adalah
lumrah kehidupan dan bagi wanita yang sihat, gabungan kehamilan dan senaman
yang kerap sebenarnya memberi manfaat kepada kedua-dua ibu dan bayi. Oleh itu,
seorang wanita yang sihat dengan kehamilan yang normal boleh meneruskan senaman
yang biasa dilakukan atau memulakan program senaman yang baru.
Secara umumnya, senaman adalah selamat semasa hamil. Kebanyakan pakar obstetrik akan memberitahu pesakit mereka untuk kekal aktif, selagi mereka masih selesa dan tidak ada masalah kesihatan. Kehamilan bukanlah masa bersenam untuk menurunkan berat badan tetapi senaman semasa hamil mungkin akan membantu menurunkan berat badan yang lebih efektif selepas bersalin.
Secara umumnya, senaman adalah selamat semasa hamil. Kebanyakan pakar obstetrik akan memberitahu pesakit mereka untuk kekal aktif, selagi mereka masih selesa dan tidak ada masalah kesihatan. Kehamilan bukanlah masa bersenam untuk menurunkan berat badan tetapi senaman semasa hamil mungkin akan membantu menurunkan berat badan yang lebih efektif selepas bersalin.
Semua ibu mahukan kesihatan yang terbaik untuk diri dan bayi mereka tetapi ramai wanita dan doktor bimbang bahawa aktiviti fizikal ibu semasa hamil boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, pertumbuhan janin yang terbantut atau kecederaan otot. Sekiranya kehamilan normal, kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas.
PERUBAHAN BADAN SEMASA HAMIL
Semasa trimester pertama, perubahan fisiologi berlaku tetapi
perubahan badan ibu hanya sedikit. Semasa senaman ringan, tekanan darah dan
nadi tidak jauh berbeza berbanding dengan wanita tidak hamil tetapi wanita
hamil lebih mudah keletihan. Pada masa ini, janin sedang mengalami pertumbuhan
yang paling penting termasuk perkembangan organ-organ dan anggota badan. Oleh
itu, pemakanan yang seimbang, penghidratan yang sempurna, senaman dan rehat yang
cukup adalah amat penting.
Trimester kedua dan ketiga melibatkan perubahan drastik dalam tubuh wanita. Berat tambahan badan yang normal adalah antara 10-15kg (22-35 paun) dan bertumpu di sekitar abdomen dan pelvis, yang mengubah kedua-dua postur dan pusat graviti. Dalam tempoh ini, senaman yang memerlukan imbangan badan dan ketangkasan menjadi lebih sukar kerana perubahan dalam pengagihan berat wanita hamil. Penggunaan peralatan senaman yang sesuai, permukaan lantai yang rata dan senaman akuatik boleh membantu.
Trimester kedua dan ketiga melibatkan perubahan drastik dalam tubuh wanita. Berat tambahan badan yang normal adalah antara 10-15kg (22-35 paun) dan bertumpu di sekitar abdomen dan pelvis, yang mengubah kedua-dua postur dan pusat graviti. Dalam tempoh ini, senaman yang memerlukan imbangan badan dan ketangkasan menjadi lebih sukar kerana perubahan dalam pengagihan berat wanita hamil. Penggunaan peralatan senaman yang sesuai, permukaan lantai yang rata dan senaman akuatik boleh membantu.
SENAMAN FIZIKAL SEMASA KEHAMILAN
Sebelum wanita hamil mula bersenam, adalah
penting untuk mereka berbincang dengan pakar obstetrik. Jika sebelum hamil, mereka
biasanya tidak aktif atau melakukan
sedikit aktiviti, berjalan kaki adalah senaman yang baik sebagai permulaan.
Berjalan kaki biasanya selamat untuk semua orang. Ianya tidak membebankan badan dan sendi dan juga tidak memerlukan peralatan tambahan. Ia juga mudah untuk dilakukan ketika jadual harian yang padat dan sibuk.
Mencangkung semasa bersalin boleh membantu bukaan pelvis luar (pelvic oulet) terbuka untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Oleh itu, wanita hamil patut mengamalkan senaman mencangkung.
Untuk
mencangkung,
·
berdiri dengan kaki terbuka dan
perlahan-lahan rendahkan badan ke posisi mencangkung. Belakang badan hendaklah lurus,
tumit di atas lantai dan lutut tidak boleh menonjol di hadapan kaki. Terus
mencangkung selama 10 hingga 30 saat, rehatkan tangan di atas lutut.
·
kemudian perlahan-lahan berdiri kembali, tekan
lutut dengan tangan, jika diperlukan. Ulangi ini 5 kali senaman atau lebih.
Pelvis
tilts menguatkan otot di bahagian abdomen dan membantu
mengurangkan sakit belakang semasa mengandung dan bersalin.
·
Dalam kedudukan melutut, kedua-dua tangan
dan lutut hendaklah diletakkan di atas lantai. Dongakkan pinggul ke hadapan dan
tarik perut ke dalam. Belakang badan akan sedikit bulat. Kekalkan dalam
kedudukan ini selama beberapa saat kemudian berehat tanpa membiarkan belakang badan
mengendur. Ulangi beberapa kali senaman ini sehingga 10.
Senaman lantai pelvik (pelvic floor exercise) membantu untuk
menguatkan otot lantai pelvik, yang terletak di bawah tekanan yang besar ketika
mengandung dan bersalin. Jika otot lantai pelvik lemah, wanita mungkin terkencing
apabila batuk, bersin dan stress. Ia dikenali sebagai stress incontinence dan ia adalah perkara biasa ketika hamil. Dengan
melakukan senaman otot lantai pelvik, wanita boleh menguatkan otot-otot ini.
Ini membantu untuk mengurangkan atau mengelakkan stress incontinence selepas bersalin. Semua wanita hamil perlu
melakukan senaman otot lantai pelvik, walaupun mereka masih muda dan tidak
mengalami stress incontinence.
Senaman otot lantai pelvik:
·
kemutkan otot dubur seperti menahan buang
air besar
·
pada masa yang sama, kemutkan faraj seperti
menggenggam tampon, dan kemutkan pundi kencing seperti menahan aliran air
kencing
·
pada mulanya, melakukan latihan ini dengan
cepat, kemutkan dan lepaskan otot serta-merta
·
secara perlahan-lahan, tahan kemutan selama
yang wanita boleh sebelum rehat, dengan kiraan sehingga 10
·
cuba untuk melakukan tiga set lapan kemutan
setiap hari: untuk membantu pesakit ingat, dia boleh melakukan satu set pada
setiap waktu makan
Berenang adalah salah satu senaman terbaik semasa hamil. Ianya tidak membebankan sendi
dan melegakan kaki bengkak. Pergerakan yang betul boleh mengurangkan
ketidakselesaan badan seperti sakit belakang dan masalah tidur.
Yoga menguatkan otot teras, mengurangkan sakit belakang dan membantu wanita
hamil lebih tenang, selesa dan mempercepatkan proses kelahiran. Jangan lakukan
"yoga panas" (hot yoga) dan
tidak berbaring terlentang selepas trimester pertama.
Berbasikal di atas basikal statik secara umumnya selamat walaupun ianya senaman yang baru dimulakan ketika hamil. Berbasikal adalah cara yang baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung tanpa membebankan sendi.
JANGAN BUAT SENAMAN
FIZIKAL JIKA WANITA HAMIL MENGALAMI :
·
penyakit paru-paru dan jantung
·
kencing manis yang tidak terkawal
·
pendarahan faraj / keguguran
·
pangkal rahim yang lemah (cervical incompetence)
·
kehamilan kembar atau lebih
·
sejarah bersalin pra-matang
·
pre-eklampsia atau darah tinggi akibat
mengandung
JENIS-JENIS SENAMAN YANG
PERLU DIELAKKAN SEMASA HAMIL:
·
Aktiviti lasak yang cenderung untuk jatuh
·
Aktiviti yang boleh menyebabkan trauma
abdomen termasuk sukan lasak atau perubahan arah gerakan yang mendadak
·
Aktiviti yang memerlukan banyak melompat,
lompat setempat atau melantun
·
Pergerakan berpusing pinggang (twist)
·
Senaman yang bertubi-tubi dan intensif
·
Senaman dalam cuaca yang sangat panas dan
lembab
rujukan;
1- American
Sport Medicine
2- American
Pregnancy Association
3- American
College of O&G
4- National
Health Service, UK
5- The Pelvic
Obstetric & Gynaecological Physiotherapists Group
6- Mayo clinic,
US.
KANDUNGAN BERMASALAH : ADAKAH BAYI SAYA SIHAT?
KANDUNGAN BERMASALAH :
ADAKAH BAYI SAYA SIHAT?
Setiap wanita akan teruja apabila mereka mengandung. Berita
gembira kehamilan ini biasanya dikongsi bersama suami, teman-teman dan ahli
keluarga. Mereka cukup berhati-hati menjaga kandungan untuk memastikan bayi
membesar dengan sihat.
Walau bagaimanapun, setiap wanita yang hamil pasti bimbang
akan kesihatan bayi kandungan. Adakah bayi tersebut sihat dan tiada cacat-cela?
Kecacatan bayi(birth defect) terbahagi kepada dua –
kecacatan struktur dan kecacatan fungsi anggota badan yang boleh menyebabkan
ketidakupayaan fizikal, intelektual, ketumbesaran dan pelbagai masalah
kesihatan. Adalah dianggarkan kira-kira 1 dari 33 bayi yang dilahirkan
mempunyai kecacatan (statistic di Amerika) dan menyebabkan 1 dari 5 kematian
bayi (infant death). Kebanyakan bayi ini tidak mempunyai sejarah ahli keluarga
lain yang cacat.
Kecacatan struktur bayi seperti rekah mulut atau lelangit
(cleft lip or palate), jantung berlubang, kecacatan saraf tunjang (neural tube
defect). Kecacatan ini boleh didiagnos melalui imej imbasan ultrasound semasa kehamilan. Imbasan ini
biasanya dilakukan secara imej 2-D scan ketika kandungan berusia 20-24 minggu.
Walau bagaimanapun, banyak kecacatan ini gagal dikesan melalui imbasan kerana
kecacatan ini berskala kecil.
a-
Kecacatan otak yang menyebabkan masalah
kelakuan, bahasa dan pertuturan, pergerakan dan sawan. Penyakit seperti ini
adalah Down ‘s Syndrome, Prader Willis’s Syndrome dan Fragile X Syndrome.
b-
Kecacatan saraf seperti buta dan pekak.
c-
Penyakit metabolic yang menyebabkan bahan kimia
dalam badan gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit hypotiroid dan
phenylketonuria.
d-
Penyakit degenerative yang tidak begitu nyata
ketika bayi dilahirkan tetapi penyakit ini lebih teruk ketika bayi membesar seperti penyakit muscular
dystrophy.
Penyakit fungsi dan perkembangan bayi ini
tidak dapat dikesan menggunakan imbasan ultrasound kerana stuktur bayi mungkin
normal di dalam kandungan.
Kecacatan bayi boleh dikesan awal melalui saringan ketika
hamil.
Saringan ini bergantung kepada usia kehamilan.
1-
Saringan trimester pertama ( tiga bulan pertama
kandungan)
Ketika kandungan 11-14 minggu, ujian darah
boleh dilakukan untuk mengetahui samada kandungan tersebut berisiko tinggi
untuk kecacatan genetic seperti Down’s Syndrome. Imbasan ultrasound juga
dilakukan untuk mengukur ketebalan cecair dibelakang tengkuk bayi (nuchal
translucency).
Bahan genetik kandungan mengalir di dalam
darah wanita mengandung. Bahan ini dinamakan cell-free DNA (cfDNA). Darah ibu
boleh diambil untuk diuji cfDNA dan menentukan kromosom bayi. Walau
bagaimanapun, hanya kromosom tidak normal tertentu sahaja yang diuji bergantung
kepada makmal. Ujian ini agak mahal dan hanya mereka yang berisiko tinggi
sahaja digalakkan menjalani ujian ini.
Untuk menentukan kecacatan kromosom ini,
ujian diagnostik perlu dilakukan seperti amniocentesis (ujian air mentuban)
ataupun choriovillous sampling (ujian sampel uri).
2-
Ujian imbasan ultrasound secara terperinci (detail
scan). Ujian ini biasanya dilakukan semasa kandungan berusia 20-24 minggu
secara imbasan 2-D dan Doppler. Struktur badan dalam dan luar bayi diimbas
secara sistematik untuk mengesan kecacatan struktur badan bayi. Imbasan ini
memakan masa lebih kurang 30-45 minit.
Wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk melahirkan anak
yang cacat;
1-
Wanita yang berusia lebih 40 tahun secara
relatifnya mempunyai risiko yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita
yang lebih muda seperti berumur 25 tahun.
2-
Wanita yang minum alcohol ketika mengandung
berisiko mempunyai anak yang cacat seperti fetal alcohol syndrome yang masalah
fizikal dan kelakuan.
Tiada paras alcohol yang selamat ketika mengandung.
3-
Merokok ketika mengandung kecacatan badan
seperti jantung dan usus. Bayi ini juga berisiko tinggi untuk sindrom bayi mati
mengejut (sudden infant death syndrome). Wanita yang menghisap vape
berkemungkinan mempunyai risiko yang sama seperti perokok.
4-
Penggunaan dadah seperti kokain menyebabkan bayi
cacat struktur pada anggota tangan, kaki, jantung dan system kencing.
5-
Wanita yang makan ubatan tertentu berisiko
tinggi mempunyai kecacatan anggota seperti ubat thalidomide menyebabkan bayi
cacat telinga, anggota yang pendek dan mmasalah kecacatan fungsi.
6-
Jangkitan virus seperti virus cytomegalovirus
(dijangkiti melalui cecair badan) dan parasite seperti toxoplasmosis
(dijangkiti melalui najis kucing, daging mentah, pencemaran makanan dan air)
boleh menyebabkan kecacatan struktur dan fungsi bayi.
7-
Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang
tidak terkawal boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube
defect).
Kebanyakan kecacatan bayi boleh dikurangkan atau dielakkan
melalui;
1-
Rancang kehamilan pada usia muda. Pada usia ini,
kebanyakan wanita masih sihat dan tiada berpenyakit.
2-
Wanita yang hamil perlu elakkan minum minuman
beralkohol, tidak merokok atau menghisap vape serta tidak mengambil dadah
terlarang.
3-
Wanita patut berbincang dengan doctor ketika
merancang untuk mengandung atau ketika mengandung mengenai pengambilan ubat dan
ubatan tambahan (supplements).
4-
Wanita yang hamil hendaklah menghindari diri
dari orang yang berpenyakit berjangkit dan tidak membersihkan najis kucing.
5-
Wanita yang menghidapi penyakit kronik seperti
kencing manis perlu mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum
mengandung untuk mengawal penyakit dan mengoptimumkan ubat sekurang-kurangnya 3
bulan sebelum mengandung.
6-
Wanita yang merancang untuk mengandung
digalakkan mengambil ubatan tambahan asid folik 400mcg kerana ini dapat
mengurangkan risiko kecacatan bayi.
7-
Ketika hamil, wanita hendaklah mengelak dari
makan daging yang mentah, sayur yang tidak dibasuh dan telur yang tidak dimasak.
Wanita perlu kerap membasuh tangan terutamanya selepas aktiviti luar seperti
berkebun. Minumlah air suam secukupnya, makan buah-buahan yang segar dan
makanan yang seimbang.
Berbincanglah dengan doctor untuk
merancang kehamilan dan buatlah rawatan susulan berkala ketika mengandung.
Kekalkan gaya hidup yang sihat dan cergas ketika hamil agar anda dapat menikmati
kehamilan dengan sempurna dan puas.
Khamis, 12 Jun 2014
KANSER PANGKAL RAHIM / SERVIKS (CANCER OF CERVIX)
Kanser pangkal rahim
(serviks) adalah sejenis kanser yang
berlaku dalam sel-sel pangkal rahim
- bahagian bawah rahim yang bersambung
dengan vagina.
Jangkitan kronik
virus human papillomavirus ( HPV)
menyebabkan kebanyakan kes kanser pangkal rahim.
Apabila jangkitan HPV terjadi, sistem imun wanita biasanya
menghapuskan jangkitan dan menghalang virus itu daripada menyebabkan
kemudaratan.
Walau bagaimanapun, pada sekumpulan kecil wanita,
jangkitan virus ini bertahan selama bertahun-tahun , yang
menyumbang kepada proses yang menyebabkan sesetengah sel di permukaan serviks
untuk menjadi sel-sel kanser.
Risiko kanser pangkal
rahim boleh dikurangkan dengan menjalani ujian saringan pap smear dan menerima
vaksin yang melindungi daripada jangkitan HPV.
Gejala kanser pangkal rahim adalah seperti berikut:
• pendarahan faraj
selepas hubungan seks, antara haid atau selepas putus haid
•cecair , keputihan
berdarah pada faraj dan berbau yang busuk
• Sakit pelvis atau
sakit semasa hubungan kelamin
Faktor-faktor risiko
Faktor-faktor ini
boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim :
• Banyak pasangan seks.
Lebih ramai bilangan pasangan seks, lebih besar risiko
dijangkiti HPV dan meningkatkan risiko kanser serviks.
• Aktiviti seksual awal .
Mengadakan hubungan seks pada usia muda meningkatkan risiko
HPV.
• Jangkitan kelamin
(STD).
Jika anda mempunyai STD lain - seperti chlamydia, gonorea,
sifilis atau HIV / AIDS
- anda mempunyai
risiko yang tinggi untuk mendapat HPV.
• Sistem imun yang lemah.
Kebanyakan wanita yang dijangkiti HPV tidak pernah mendapat
kanser serviks.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai jangkitan HPV dan
sistem imun anda lemah dengan keadaan kesihatan yang lain, anda mungkin lebih
cenderung mendapat kanser serviks.
• Merokok .
Merokok menyebabkan system imun menjadi lemah,
jangkitan HPV berterusan
dan tidak dapat dihapuskan.
Jangkitan HPV yang kronik menyebabkan kanser pangkal rahim.
Saringan untuk kanser pangkal rahim (serviks) termasuk . :
• Ujian Pap .
Semasa ujian Pap
, - doktor akan menyapu pangkal rahim
dengan alat khas dan menghantar sampel ke makmal untuk diperiksa untuk
keabnormalan .
Ujian Pap boleh
mengesan sel-sel yang tidak normal dalam serviks, termasuk sel-sel kanser dan
sel-sel yang menunjukkan perubahan ( displasia ) yang meningkatkan risiko
kanser pangkal rahim.
• Ujian DNA HPV.
Jika anda berumur 30
atau lebih, doktor anda juga boleh menggunakan ujian makmal yang dikenali
sebagai ujian DNA HPV untuk menentukan sama ada anda telah dijangkiti dengan
mana-mana jenis HPV yang paling mungkin menyebabkan kanser pangkal rahim.
Seperti ujian Pap ,
ujian DNA HPV melibatkan pengumpulan sel-sel dari serviks untuk ujian makmal.
Diagnosis
• Memeriksa serviks anda (kolposkopi)
Pemeriksaan ini dipanggil
kolposkopi .
Pakar gineonkologi menggunakan alat teleskop khas (kolposkop )
untuk memeriksa serviks.
Jika pakar gineonkologi dapat mengenal pasti keabnormalan pada serviks,
dia
boleh mengambil sampel kecil daripada serviks untuk dianalisis (biopsi).
• Mengambil sampel sel serviks.
Semasa prosedur
biopsi , pakar gineonkologi membuang
sampel sel tak normal daripada serviks dengan menggunakan alat biopsi khas.
• Biopsy berbentuk kon pada pangkal
rahim.
Satu biopsi kon (conization
atau LLETZ) - dipanggil kerana ia melibatkan mengambil sampel berbentuk kon
serviks - membolehkan doktor anda untuk mendapatkan lapisan sel serviks untuk
ujian makmal.
Pakar gineonkologi boleh
menggunakan pisau bedah, laser atau gelung wayar elektrik untuk membuang tisu
yang tidak normal.
Tahap Kanser (Staging)
Sekiranya pesakit
telah disahkan menghidap kanser serviks , pesakit akan menjalani ujian lanjut untuk menentukan
sejauh mana tahap (peringkat ) kanser.
Peringkat kanser adalah faktor utama dalam membuat keputusan
mengenai rawatan anda.
Pemeriksaan tahap kanser serviks termasuk:
• Ujian Pengimejan .
Ujian seperti X-ray, scan
tomografi berkomputer ( CT), pengimejan magnetik resonans (MRI ) dan tomografi
pancaran positron ( PET) membantu pakar gineonkologi menentukan sama ada kanser tersebut telah merebak di luar serviks.
Peringkat/Tahap kanser serviks(pangkal
rahim) termasuk:
• Peringkat I. Kanser adalah terhad kepada serviks.
• Peringkat II. Kanser pada peringkat ini termasuk serviks dan
faraj tetapi belum merebak ke dinding tepi pelvik atau bahagian bawah vagina.
• Peringkat III. Kanser pada peringkat ini telah dipindahkan di
luar serviks ke dinding tepi pelvik atau bahagian bawah vagina.
• Peringkat IV. Pada peringkat ini , kanser
telah merebak ke organ-organ berhampiran seperti pundi kencing atau rektum ,
atau ia telah merebak ke kawasan-kawasan badan yang lain , seperti paru-paru ,
hati atau tulang.
Rawatan dan ubat-ubatan
Rawatan untuk kanser
serviks bergantung kepada beberapa faktor, seperti tahap kanser,
masalah
kesihatan yang lain dan pilihan pesakit tentang rawatan .
Pilihan rawatan boleh
termasuk :
• Pembedahan.
Pembedahan untuk
mengeluarkan rahim ( hysterectomy) biasanya digunakan untuk merawat peringkat
awal barah pangkal rahim .
Histerektomi radikal - pembuangan serviks , rahim , sebahagian
daripada faraj dan nodus limfa di pelviks - adalah rawatan pembedahan standard.
Histerektomi boleh menyembuhkan peringkat awal kanser serviks dan mencegah
kanser dari kembali ,
tetapi pembuangan rahim menjadikan pesakit itu mandul.
• Radiasi.
Terapi radiasi
menggunakan tenaga berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel kanser.
Terapi ini boleh diberikan secara luaran menggunakan radiasi luaran (external beam)
atau dalaman ( brachytherapy ) dengan
meletakkan peranti dipenuhi dengan bahan radioaktif berhampiran serviks pesakit.
Kedua-dua kaedah
terapi radiasi boleh digabungkan.
Terapi radiasi boleh
digunakan secara bersendirian, dengan kemoterapi, sebelum pembedahan untuk
mengecutkan tumor atau selepas pembedahan untuk membunuh sel-sel kanser yang
masih .
Wanita premenopausal
boleh berhenti haid akibat daripada terapi radiasi dan mula putus haid.
• Kemoterapi .
Kemoterapi
menggunakan ubat untuk membunuh sel-sel kanser.
Ubat kemoterapi , yang boleh digunakan sejenis atau dalam kombinasi dengan dua jenis ubat,
biasanya disuntik ke dalam salur darah vena.
Dos kemoterapi yang rendah sering digabungkan dengan terapi
radiasi ,
kerana kemoterapi boleh meningkatkan kesan daripada radiasi.
Dos yang lebih tinggi
kemoterapi digunakan untuk mengawal kanser serviks tahap yang tinggi yang
mungkin tidak boleh diubati.
Ubat kemoterapi
tertentu boleh menyebabkan kemandulan dan putus haid awal di kalangan wanita
premenopausal .
Pencegahan
Risiko kanser pangkal
rahim boleh dikurangkan dengan:
• gunakan kondom
setiap kali melakukan hubungan seks
• hubungan kelamin
pada umur yang lebih matang
• mempunyai pasangan
seks yang lebih sedikit dan terhad
• tidak merokok
• menerima suntikan vaksin HPV
• menjalani ujian Pap
secara berkala (rutin)
REF.:
Mayo clinic
Patient info uk
ACOG
NHS(UK)
Langgan:
Catatan (Atom)




































