KANDUNGAN BERMASALAH :
ADAKAH BAYI SAYA SIHAT?
Setiap wanita akan teruja apabila mereka mengandung. Berita
gembira kehamilan ini biasanya dikongsi bersama suami, teman-teman dan ahli
keluarga. Mereka cukup berhati-hati menjaga kandungan untuk memastikan bayi
membesar dengan sihat.
Walau bagaimanapun, setiap wanita yang hamil pasti bimbang
akan kesihatan bayi kandungan. Adakah bayi tersebut sihat dan tiada cacat-cela?
Kecacatan bayi(birth defect) terbahagi kepada dua –
kecacatan struktur dan kecacatan fungsi anggota badan yang boleh menyebabkan
ketidakupayaan fizikal, intelektual, ketumbesaran dan pelbagai masalah
kesihatan. Adalah dianggarkan kira-kira 1 dari 33 bayi yang dilahirkan
mempunyai kecacatan (statistic di Amerika) dan menyebabkan 1 dari 5 kematian
bayi (infant death). Kebanyakan bayi ini tidak mempunyai sejarah ahli keluarga
lain yang cacat.
Kecacatan struktur bayi seperti rekah mulut atau lelangit
(cleft lip or palate), jantung berlubang, kecacatan saraf tunjang (neural tube
defect). Kecacatan ini boleh didiagnos melalui imej imbasan ultrasound semasa kehamilan. Imbasan ini
biasanya dilakukan secara imej 2-D scan ketika kandungan berusia 20-24 minggu.
Walau bagaimanapun, banyak kecacatan ini gagal dikesan melalui imbasan kerana
kecacatan ini berskala kecil.
a-
Kecacatan otak yang menyebabkan masalah
kelakuan, bahasa dan pertuturan, pergerakan dan sawan. Penyakit seperti ini
adalah Down ‘s Syndrome, Prader Willis’s Syndrome dan Fragile X Syndrome.
b-
Kecacatan saraf seperti buta dan pekak.
c-
Penyakit metabolic yang menyebabkan bahan kimia
dalam badan gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit hypotiroid dan
phenylketonuria.
d-
Penyakit degenerative yang tidak begitu nyata
ketika bayi dilahirkan tetapi penyakit ini lebih teruk ketika bayi membesar seperti penyakit muscular
dystrophy.
Penyakit fungsi dan perkembangan bayi ini
tidak dapat dikesan menggunakan imbasan ultrasound kerana stuktur bayi mungkin
normal di dalam kandungan.
Kecacatan bayi boleh dikesan awal melalui saringan ketika
hamil.
Saringan ini bergantung kepada usia kehamilan.
1-
Saringan trimester pertama ( tiga bulan pertama
kandungan)
Ketika kandungan 11-14 minggu, ujian darah
boleh dilakukan untuk mengetahui samada kandungan tersebut berisiko tinggi
untuk kecacatan genetic seperti Down’s Syndrome. Imbasan ultrasound juga
dilakukan untuk mengukur ketebalan cecair dibelakang tengkuk bayi (nuchal
translucency).
Bahan genetik kandungan mengalir di dalam
darah wanita mengandung. Bahan ini dinamakan cell-free DNA (cfDNA). Darah ibu
boleh diambil untuk diuji cfDNA dan menentukan kromosom bayi. Walau
bagaimanapun, hanya kromosom tidak normal tertentu sahaja yang diuji bergantung
kepada makmal. Ujian ini agak mahal dan hanya mereka yang berisiko tinggi
sahaja digalakkan menjalani ujian ini.
Untuk menentukan kecacatan kromosom ini,
ujian diagnostik perlu dilakukan seperti amniocentesis (ujian air mentuban)
ataupun choriovillous sampling (ujian sampel uri).
2-
Ujian imbasan ultrasound secara terperinci (detail
scan). Ujian ini biasanya dilakukan semasa kandungan berusia 20-24 minggu
secara imbasan 2-D dan Doppler. Struktur badan dalam dan luar bayi diimbas
secara sistematik untuk mengesan kecacatan struktur badan bayi. Imbasan ini
memakan masa lebih kurang 30-45 minit.
Wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk melahirkan anak
yang cacat;
1-
Wanita yang berusia lebih 40 tahun secara
relatifnya mempunyai risiko yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita
yang lebih muda seperti berumur 25 tahun.
2-
Wanita yang minum alcohol ketika mengandung
berisiko mempunyai anak yang cacat seperti fetal alcohol syndrome yang masalah
fizikal dan kelakuan.
Tiada paras alcohol yang selamat ketika mengandung.
3-
Merokok ketika mengandung kecacatan badan
seperti jantung dan usus. Bayi ini juga berisiko tinggi untuk sindrom bayi mati
mengejut (sudden infant death syndrome). Wanita yang menghisap vape
berkemungkinan mempunyai risiko yang sama seperti perokok.
4-
Penggunaan dadah seperti kokain menyebabkan bayi
cacat struktur pada anggota tangan, kaki, jantung dan system kencing.
5-
Wanita yang makan ubatan tertentu berisiko
tinggi mempunyai kecacatan anggota seperti ubat thalidomide menyebabkan bayi
cacat telinga, anggota yang pendek dan mmasalah kecacatan fungsi.
6-
Jangkitan virus seperti virus cytomegalovirus
(dijangkiti melalui cecair badan) dan parasite seperti toxoplasmosis
(dijangkiti melalui najis kucing, daging mentah, pencemaran makanan dan air)
boleh menyebabkan kecacatan struktur dan fungsi bayi.
7-
Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang
tidak terkawal boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube
defect).
Kebanyakan kecacatan bayi boleh dikurangkan atau dielakkan
melalui;
1-
Rancang kehamilan pada usia muda. Pada usia ini,
kebanyakan wanita masih sihat dan tiada berpenyakit.
2-
Wanita yang hamil perlu elakkan minum minuman
beralkohol, tidak merokok atau menghisap vape serta tidak mengambil dadah
terlarang.
3-
Wanita patut berbincang dengan doctor ketika
merancang untuk mengandung atau ketika mengandung mengenai pengambilan ubat dan
ubatan tambahan (supplements).
4-
Wanita yang hamil hendaklah menghindari diri
dari orang yang berpenyakit berjangkit dan tidak membersihkan najis kucing.
5-
Wanita yang menghidapi penyakit kronik seperti
kencing manis perlu mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu sebelum
mengandung untuk mengawal penyakit dan mengoptimumkan ubat sekurang-kurangnya 3
bulan sebelum mengandung.
6-
Wanita yang merancang untuk mengandung
digalakkan mengambil ubatan tambahan asid folik 400mcg kerana ini dapat
mengurangkan risiko kecacatan bayi.
7-
Ketika hamil, wanita hendaklah mengelak dari
makan daging yang mentah, sayur yang tidak dibasuh dan telur yang tidak dimasak.
Wanita perlu kerap membasuh tangan terutamanya selepas aktiviti luar seperti
berkebun. Minumlah air suam secukupnya, makan buah-buahan yang segar dan
makanan yang seimbang.
Berbincanglah dengan doctor untuk
merancang kehamilan dan buatlah rawatan susulan berkala ketika mengandung.
Kekalkan gaya hidup yang sihat dan cergas ketika hamil agar anda dapat menikmati
kehamilan dengan sempurna dan puas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan