Khamis, 5 Mei 2016

HARI KANSER OVARI SEDUNIA

 
rujukan dari website : WORLD OVARIAN CANCER DAY
 
 

Hari Kanser Ovari Sedunia pertama disambut pada 8 Mei 2013.
Ianya bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran tentang kanser ovari, kanser wanita yang mempunyai kadar survival terendah.
Hari Kanser Ovari Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun.

Kanser ovari merupakan kanser yang
ketujuh terbanyak di kalangan wanita di seluruh dunia dan merupakan kanser sakit puan yang paling serius.
Kanser ovari mempunyai kadar survival hidup yang paling rendah daripada semua jenis kanser wanita.

SETIAP TAHUN, KANSER OVARI SEDUNIA;

Hampir SUKU JUTA wanita didiagnos dengan kanser ovari

Kira-kira 140 000 kematian kerana kanser ovari

Lebih 75% kes kanser ovari didiagnos pada peringkat lewat (stage 3 atau 4) dan lebih sukar untuk dirawat

Hanya 45% pesakit kanser ovari mungkin hidup selama 5 tahun (berbanding 89% pesakit kanser payudara)

Tiada ujian saringan yang tepat untuk kanser ovari

Negara maju dan membangun turut terjejas oleh kanser ovari ini
 
 
 
Gejala kanser ovari sering salah didiagnosis kerana gejala ini sama dengan gejala penyakit kurang teruk lain terutamanya sakit perut.
 
 
 

Faktor meningkatkan risiko wanita mendapat kanser ovari:
Umur:

Majoriti kes kanser ovari berlaku pada wanita yang berumur 55-64 tahun,
setelah menopos.
Walau bagaimanapun ada jenis kanser ovari berlaku di kalangan wanita muda.
 
Sejarah keluarga:

Kira-kira 15% daripada kanser ovari adalah disebabkan oleh sejarah keluarga.
Wanita yang mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi (berbanding dengan wanita umum) mendapat kanser ovari adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga di sebelah sama ada  ibu bapa mereka, atau mempunyai dua atau lebih saudara-mara yang mempunyai kanser ovari, payudara (sebelum umur 50 tahun), kolon atau rahim.

Genetik:

Pembawa gen yang dikenali sebagai mutasi (keabnormalan) BRCA1 atau BRCA2 gen (gen yang membantu untuk membaiki kerosakan sel) mempunyai peningkatan risiko kanser ovary.
 
Faktor-faktor lain:

Wanita yang tidak mempunyai anak, tidak pernah mengambil pil perancang keluarga, yang baligh mereka pada usia yang awal atau menopos pada usia yang lewat mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser ovari.
Wanita yang pernah ini mempunyai endometriosis mungkin lebih cenderung untuk menghidap kanser ovari.

Gejala

Jika seorang wanita mengalami satu atau lebih daripada yang gejala berikut
pada kebanyakan hari dalam tempoh tiga minggu, mereka perlu bejumpa doctor

§ Peningkatan saiz perut / kembung berterusan (bukan kembung yang datang dan pergi)
§ Kesukaran makan / rasa kenyang dengan cepat
§ sakit perut atau pelvis
§ membuang air kecil lebih kerap atau lebih segera
 
 
 LIMA Fakta Semua orang Perlu Tahu Mengenai Kanser Ovari

Fakta 1:

Semua wanita mempunyai risiko untuk kanser ovari. Kanser ovari didiagnosis setiap tahun hampir suku juta wanita di seluruh dunia dan menyebabkan 140,000 kematian.
Tidak seperti beberapa jenis kanser lain, negara-negara maju dan membangun turut terjejas oleh kanser ini. Ianya adalah penting untuk menyedari gejala, faktor risiko dan sejarah keluarga pada kedua-dua belah bapa dan ibu keluarga.

Fakta 2:

Kesedaran daripada tanda-tanda kanser ovari mungkin membolehkan wanita untuk menerima diagnosis yang lebih awal dan lebih mudah dirawat.
 
 
 
 
  
Fakta 3:
 
Diagnosis pada peringkat awal lebih meningkatkan peluang wanita untuk terus hidup lama. Apabila kanser ovari dikesan pada peringkat awal, apabila kanser itu masih terhad kepada ovari, kira-kira 90% wanita mungkin akan hidup lebih daripada lima tahun (tempoh masa di mana survival biasanya diukur apabila menilai rawatan kanser) .

Seorang wanita yang mempunyai gejala-gejala kanser ovari perlu dirujuk terus kepada pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Jika disahkan menghidap kanser ovari, pesakit hendaklah dirujuk
kepada pakar kanser sakit puan (GynaeOncologist),

merupakan pakar yang terbaik untuk merawat mereka.
  
  
Fakta 4:
 
Kanser ovari sering didiagnosis pada peringkat lewat. Kanser ovari sering didiagnosis apabila kanser sudah di peringkat akhir dan wanita sering melambatkan rawatan.
Ini mungkin kerana wanita yang difikirkan simptomnya adalah disebabkan oleh ‘datang bulan', 'menopause', 'sesuatu yang saya makan' atau dikelirukan dengan sakit perut biasa yang lain dan aduan pencernaan.
Doktor juga sering mulanya mengesyaki punca kurang serius untuk gejala, tetapi kekerapan gejala harus membantu mereka tahu bila untuk mempertimbangkan kanser ovari, oleh itu diari gejala mungkin dapat membantu.

Fakta 5:
Ramai wanita tersilap percaya ujian  smear (Pap smear) akan mengesan kanser ovari.
Ianya tidak.
Ia mengesan perubahan pra-kanser sel-sel serviks, yang disifatkan lebih berjaya daripada kanser ovari.

 
 

Ujian genetik dan Kaunseling

Individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser ovari, payudara atau kanser yang berkaitan digalakkan untuk berbincang dengan doktor untuk mengetahui sama ada mereka perlu untuk kaunseling dan ujian genetik.

Mutasi gen BRCA1 dan BRCA2 dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk kanser payudara dan kanser ovari. Kedua-dua gen mempengaruhi kepada kanser payudara dan kanser ovari.

Orang ramai tidak sedar bahawa pesakit kanser payudara yang diwarisi mempunyai peningkatan risiko untuk kanser ovari manakala pesakit kanser ovari yang diwarisi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kanser payudara.

Kaunseling genetik boleh membantu wanita untuk memahami risiko dan manfaat ujian genetik.


MENGURANGKAN RISIKO KANSER OVARI :
 
Pil perancang keluarga: Pil perancang boleh mengurangkan risiko untuk kanser ovari sehingga 30-60%.

Pembedahan pencegahan dengan membuang ovari dan tiub fallopio boleh dipertimbangkan sekiranya ujian genetik menunjukkan peningkatan risiko kanser ovary.
Bagi wanita selepas menopOs, pembedahan ini boleh mengurangkan risiko kanser ovari dan berkaitan sebanyak 85-90%.

Bagi wanita premenopose, pembuangan ovari dan tiub fallopio juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 40-70%.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanser ovari kemungkinan besar bermula di dalam tiub fallopio. Wanita yang menjalani pembedahan sakit puan digalakkan berbincang dengan pakar agar tiub fallopio itu juga dibuang pada masa yang sama.

Mengekalkan
berat badan yang unggul juga boleh mengurangkan risiko.


Diagnosis
Terdapat masa ini tiada ujian saringan tepat untuk kanser ovari.

Jika anda mempunyai tanda-tanda dan gejala-gejala kanser ovari,
pakar sakit puan akan melakukan;

  pemeriksaan pelvik
ultrasound transvaginal atau pelvis
ujian darah CA-125
 
Ujian-ujian ini adalah paling berkesan apabila dilakukan secara gabungan.
Imbasan CT atau imbasan PET sebagai sebahagian daripada proses diagnostic.

Walau bagaimanapun, satu-satunya cara yang pasti untuk mendiagnosis kanser ovari adalah melalui biopsi/pembedahan.


Rabu, 20 April 2016

6 BULAN PERLINDUNGAN PERCUMA JIKA BAYI ANDA DILAHIRKAN DI HOSPITAL KAMI



Sekiranya bayi anda dilahirkan di hospital kami,
kami akan memberi 'AIA Gift of Love' khas untuk bayi anda selama 6 bulan secara percuma
yang ditaja oleh Gleneagles Medini & kelolaan AIA Public Takaful Bhd.

*tertakluk terma & syarat


Jumaat, 1 April 2016

Kanser Serviks: 17 Soalan yang Kerap Ditanya dan Jawapannya pada Tahun 2016

Diambil dari website My.Doc.Asia
 
 

Kanser Serviks: 17 Soalan yang Kerap Ditanya dan Jawapannya pada Tahun 2016

Kanser merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia, merangkumi 8.2 juta kematian pada tahun 2012. Kanser serviks merupakan salah satu penyebabnya. Di Malaysia, ia merupakan kanser ketiga yang paling banyak dihadapi, merangkumi 11% daripada semua kanser dalam kalangan wanita. Lebih daripada 1100 wanita telah didiagnos bahawa menghadapi kanser serviks pada setiap tahun. Risiko menghadapi kanser serviks meningkat selepas umur 30 tahun dan puncaknya adalah pada umur 60-69 tahun. Manakala di Indonesia, kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak selepas kanser payudara. Sebanyak 15,000 kes baru tentang kanser serviks di Indonesia pada setiap tahun. WHO meletakkan Indonesia sebagai negara yang mempunyai penghidap kanser serviks yang paling banyak. Dalam erti kata lain, kanser serviks merupakan pembunuh utama dalam kalangan wanita di Indonesia.

Bersempena dengan 8hb Mac Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day), pasukan kami memulakan kajian dan penyelidikan terhadap 5000+ rakyat Malaysia tentang topik "apakah soalan yang anda mahu bertanya tentang kanser serviks?" pada Januari lepas. Di samping itu, kami juga telah menjalankan perbincangan tentang kanser serviks bersama dengan pakar kanser wanita, Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi - Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan GineOnkologi. Dr Zaharuddin kini menjalani amalannya di KL Gynaecologist @ Gleneagles Medini Hospital, Johor, Malaysia.

Berikutnya adalah soalan-soalan yang berkaitan kanser serviks kerap ditanya-tanya dan jawapannya pada tahun 2016, beserta dengan bilangan yang "bertanya". Anda boleh klik pada pautan soalan yang diminati agar dapat membaca dengan selanjutnya.

 

1.Apakah kanser serviks? (200 bertanya)

Serviks merupakan bahagian bawah rahim yang bersambung ke bahagian atas faraj. Ia juga dikenali sebagai pangkal rahim atau leher rahim. Ia terdiri daripada lapisan sel. Sel-sel yang sihat akan tumbuh, membahagi dan digantikan jika perlu. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel tersebut berubah dan berkembang secara mendadak ke lapisan yang lebih dalam atau merebak ke organ-organ lain. Sel kanser akan membentuk tisu-tisu yang dikenali sebagai tumor kanser (tumor malignan).




2. Adakah kanser serviks boleh diwarisi secara keturunan ? (1000 bertanya)

Kanser serviks tidak boleh diwarisi. Punca utama berlakunya kanser serviks adalah jangkitan berterusan pada serviks yang disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) yang jenis ‘berisiko tinggi' (hrHPV). hrHPV adalah sejenis virus yang dijangkiti dari individu ke individu lain semasa melakukan hubungan seks. Sekurang-kurangnya separuh daripada individu yang aktif dalam melakukan hubungan seks akan mendapat HPV dalam kehidupan mereka namun hanya segelintir golongan wanita sahaja yang akan mendapat kanser serviks. Kira-kira 9 daripada 10 jangkitan hrHPV akan dihapuskan secara menyeluruh dalam jangsa masa 2 tahun. Ini bermaksud kebanyakan wanita yang dijangkiti hrHPV tidak mendapat kanser. Ianya hanya melibatkan sekumpulan kecil wanita yang dijangkiti hrHPV secara berterusan. Jangkitan tersebut berkemungkinan mengakibatkan sel-sel  tidak normal pada serviks. Jika sel-sel ini tidak dirawati, ia mampu menjadi kanser pada masa depan.

hrHPV dijangkiti melalui hubungan seks, oleh yang demikian, kanser serviks bukan penyakit yang boleh diwarisi secara keturunan.




3. Adakah kanser serviks dapat diubati? (880 bertanya)

Kanser serviks berkembang secara perlahan. Ia bermula dari jangkitan hrHPV pada serviks dan seterusnya menjadi sel-sel yang tidak normal. Peratusan kecil daripada sel-sel tidak normal ini yang tidak dirawati akan menjadi tumor kanser. Proses ini mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi tumor kanser.

Pap smear secara berkala dapat mengesan sel-sel yang tidak normal sebelum ia menjadi kanser. Sel-sel dan tisu-tisu yang tidak normal boleh dirawati dengan prosedur yang mudah misalnya kolposkopi dan ‘large loop excision of the cervix’ (LLETZ). Prosedur ini akan mengeluarkan tisu-tisu yang tidak normal secara menyeluruh sebelum ia menjadi kanser. Jika kanser ini hanya pada serviks, pembedahan seperti Histerektomi Wertheim dapat mengeluarkan tumor kanser dengan menyeluruh.

Peringkat awal kanser serviks dapat diubati jika dirawat dengan sewajarnya oleh Pakar GineOnkologi yang terlatih. Walaubagaimanapun, pesakit tersebut masih perlu menjalani pemeriksaan susulan untuk pengawasan.




4. Adakah kanser serviks dapat merebak? Jika ya…Di manakah kanser serviks merebak? Bolehkah ia diubati...? (600 bertanya)

Kanser serviks boleh merebak ke organ-organ dan bahagian badan lain (metastasis). Kanser merupakan ketulan tisu yang terdiri daripada sel kanser yang merebak secara berterusan serta di luar kawalan. Kanser tersebut menyerang tisu dan organ yang berhampiran, mengakibatkan kerosakan. Kanser juga berkemungkinan merebak ke bahagian badan lain jika sesetengah sel kanser terpisah dengan tumor asal (primer) dan dibawa melalui aliran darah saluran limfa ke bahagian-bahagian badan yang lain seperti pundi kencing, usus besar, paru-paru, hati dan tulang belakang. Sekumpulan sel ini mungkin berkembang untuk membentuk tumor lain (sekunder/metastases) di satu atau lebih bahagian badan. Kanser sekunder ini berkemungkinan tumbuh, menyerang serta merosakkan tisu yang berhampiran dan seterusnya merebak lagi.

Kanser serviks peringkat tinggi dengan penyakit yang merebak luas adalah sukar untuk dirawati dan tidak dapat diubati dengan berkesan. Tujuan penyakit yang peringkat tinggi adalah untuk mengawal penyakit tersebut, agar pesakit mampu menjalani kehidupan yang selesa dengan kesakitan dan gejala-gejala secara minimal.




5. Adakah kanser serviks dianggap penyakit yang membawa maut? (400 bertanya)

Peringkat awal kanser serviks dapat dirawati dengan berkesan dan penyakit ini juga dapat dihapuskan secara menyeluruh dengan pembedahan/rawatan yang sesuai. Pesakit tersebut dapat menjalankan kehidupan seperti individu lain dan risiko penyakit ini berulang adalah agak sangat rendah.

Namun begitu, kanser serviks peringkat tinggi dengan penyakit yang merebak luas tidak dapat diubati dengan berkesan dan hasilnya (prognosis) adalah sangat tidak baik.




6. Adakah kanser serviks berjangkit? (320 bertanya)

Kanser serviks sendiri tidak akan berjangkit – Ia tidak dapat merebak dari individu ke individu lain. Hanya hrHPV dapat berjangkit dan merebak melalui hubungan seks.




7. Apakah yang menyebabkan berlakunya kanser serviks selain daripada hpv? (300 bertanya)

Punca utama berlakunya kanser serviks adalah jangkitan berterusan pada serviks yang disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) yang jenis ‘berisiko tinggi' (hrHPV). Akan tetapi, risiko untuk menghidap kanser serviks yang jarang (dan kanser faraj/vagina) meningkat dalam kalangan wanita di mana ibu mereka yang mengambil ubat-ubatan diethylstilbestrol (DES) semasa mengandung. Hormon tersebut diberikan kepada wanita yang pernah mengalami keguguran namun ianya tidak lagi popular pada masa kini.

Faktor-faktor seperti berikut meningkatkan risiko mengalami kanser serviks pada wanita telah dijangkiti hrHPV:

·         Mengabaikan ujian Pap smear atau tidak pernah menjalani ujian Pap smear. Golongan wanita yang tidak menjalani ujian Pap secara berkala adalah lebih cenderung untuk menghidap kanser serviks kerana ujian Pap membolehkan doktor untuk mengesan awal sel serviks yang tidak normal sebelum ia menjadi kanser serviks.

·         Menghisap rokok. Wanita yang menghisap rokok selalunya mengalami jangkitan hrHPV secara berterusan disebabkan imuniti mereka lemah (jika dibandingkan dengan bukan perokok) dan tidak mampu membasmi hrHPV.

·         Imuniti menurun. Wanita yang mengalami keadaan sistem imun yang lemah seperti jangkitan HIV, penyakit kronik terutamanya pengambilan ubat-ubatan imunosupresif misalnya pesakit pemindahan buah pinggang dan kencing manis adalah berkemungkinan mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi menghidap kanser serviks.

·         Penyakit jangkitan secara seksual (STD). Wanita yang dijangkiti dengan STD secara seksual adalah berisiko lebih tinggi dijangkiti hrHPV.

·         Mempunyai lebih daripada empat anak. Wanita yang mempunyai lima atau lebih ramai anak berkemungkinan lebih mudah mengalami kanser serviks. Ini berkaitan dengan trauma berulang pada serviks semasa proses kelahiran bayi secara normal. Oleh yang demikian, risiko mendapat jangkitan hrHPV secara berterusan adalah lebih tinggi.




8. Apakah kanser serviks berasa? adakah kanser serviks mencederakan/ menyebabkan kesakitan? (700 bertanya)

Peringkat awal kanser serviks tidak menyebabkan sebarang tanda dan gejala. Kanser serviks biasanya menyebabkan pendarahan, bintik-bintik darah, lendiran faraj secara tidak normal. Haid mungkin lebih banyak, tidak sekata daripada biasa dan berlakunya pendarahan selepas menjalani hubungan seks. Gejala-gejala penyakit ini termasuklah sakit pelvis, masalah membuang air kecil, air kencing berdarah dan kaki bengkak. Ini kerana kanser tersebut telah merebak ke organ yang berhampiran dan kanser telah mengganggu fungsi organ.




9. Adakah saya mengalami kanser serviks? Bolehkah saya melakukan pemeriksaan sendiri bagi mencegahnya? Bagaimanakah? (250 bertanya)

Sila rujuk jawapan no.7




10. Adakah kanser serviks berbau? (200 bertanya)

Peringkat awal kanser serviks tidak mempunyai sebarang gejala seperti berbau atau berlakunya pendarahan. Walaubagaimanapun, jika kanser serviks dijangkiti kuman, faraj akan berbau busuk serta lelehan berdarah.




11. Adakah kanser serviks merebak melalui hubungan seks? (140 bertanya)

Kanser serviks sendiri tidak akan berjangkit – Ia tidak dapat merebak dari individu ke individu lain. Hanya hrHPV dapat berjangkit dan merebak melalui hubungan seks.




12. Adakah kanser serviks boleh berulang? (110 bertanya)

Seperti kanser lain, kanser serviks boleh berulang terutamanya penyakit peringkat tinggi semasa diagnosis pertama. Selepas menamatkan rawatan pertama, pesakit digalakkan membuat rawatan susulan secara berkala seperti setiap 3 bulan untuk 2 tahun pertama rawatan tamat, seterusnya setiap 6 bulan untuk 2 tahun rawatan kemudian dan jika tidak mempunyai sebarang bukti bahawa penyakit tersebut berulang pada 5 tahun pertama, pesakit akan menjalani susulan secara tahunan. Semasa rawatan susulan, pakar gineonkologi akan mengesan sama ada gejala-gejala dan tanda-tanda penyakit tersebut ada berulang. Pemeriksaan faraj yang termasuklah vault smear (seperti Pap smear) pada bahagian atas faraj.




13. Adakah kanser serviks dapat dielakkan? (70 bertanya)

Kanser serviks dapat dielakkan. Wanita boleh menggelakkan penyakit ini dengan;

a.    Dapatkan suntikan vaksin HPV. Ia melindungi wanita daripada dijangkiti HPV yang sering menyebabkan kanser serviks, faraj dan vulvar. Vaksin HPV adalah suntikan sebanyak 3 kali untuk setiap individu. Suntikan vaksin HPV diberikan kepada wanita bermula dari umur 9 tahun.

b.    Lakukan Ujian Pap Smear secara berkala bagi mengesan sel-sel serviks yang tidak normal.

c.    Menjalani pemeriksaan susulan dengan doktor seperti yang telah dijadualkan jika keputusan Pap smear tidak normal. Jika sel-sel tidak normal tidak dirawati, ia mampu menjadi kanser pada masa depan.

d.    Jangan merokok kerana merokok berkait rapat dengan jangkitan HPV secara berterusan yang menyebabkan sel-sel tidak normal.

e.    Amalkan seks yang selamat dengan menggunakan kondom dan mempunyai pasangan seks yang tetap mampu mengurangkan risiko menghidap kanser serviks.




14. Bolehkah kanser serviks berkembang dalam masa setahun sahaja? (30 bertanya)

Kanser serviks biasanya mengambil beberapa tahun untuk berkembang. Sel-sel serviks pada permulaannya akan berubah menjadi tidak normal sebelum menjadi kanser. Perubahan tersebut dikenali sebagai cervical intraepithelial neoplasia (CIN) atau dysplasia. Jika sel-sel tidak normal tidak dirawati selama beberapa tahun, ia mampu menjadi kanser pada masa depan.




15. Adakah kanser serviks dapat merebak dengan pantas? (30 bertanya)

Sebaik sahaja pesakit menghidap kanser serviks, penyakit ini pada mulanya akan merebak ke organ-organ yang berhampiran seperti rahim, tisu sekitar rahim (parametrium), ureter, pundi kencing dan rektum. Kanser ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan seperti paru-paru, tulang belakang dan hati. Proses ini mengambil masa beberapa bulan ke beberapa tahun.

Selepas selesai rawatan utama kanser serviks (Pembedahan radikal dengan atau tanpa kemoterapi / radioterapi), pesakit adalah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan susulan seperti yang telah dijadualkan supaya dapat mengesan penyakit ini sama ada berulang atau tidak.




16. Bolehkah kanser serviks mengakibatkan kemandulan? (170 bertanya)

Rawatan untuk kanser serviks melibatkan histerektomi dengan atau tanpa kemoterapi / terapi radiasi. Histerektomi bermaksud buang rahim. Kedua-kedua histerektomi dan terapi radiasi menyebabkan pesakit mandul dan tidak dapat hamil.

Walaubagaimanapun, pada peringkat awal kanser serviks (cth. Peringkat 1A), pembedahan mungkin hanya melibatkan serviks (dengan tisu di sekitarnya) dan bahagian atas faraj. Prosedur ini dikenali sebagai trachelectomy radikal. Pembedahan ini biasanya adalah untuk pesakit muda yang belum lagi membentuk keluarga. Bagi kes seperti ini, pesakit tidak mandul kerana masih mempunyai rahim.




17. Bolehkah kanser serviks menyebabkan haid anda berhenti? (110 bertanya)

Gejala-gejala kanser serviks seperti kitaran haid tidak normal, pendarahan selepas hubungan seks (postcoital bleeding) dan pendarahan haid yang berpanjangan. Rawatan kanser serviks dapat menghentikan haid kerana rahim akan dibuang dan terapi radiasi boleh menyebabkan ovari tidak dapat berfungsi (menopause).

Jika rawatan tersebut hanya trachelectomy radikal, rahim adalah dikekalkan dan pesakit tersebut akan mempunyai kitaran haid seperti biasa.