Klinik Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Kanser Sakit Puan merangkumi pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit seperti ketumbuhan fibroid, sista (cyst) ovari, endometriosis,kanser ovari, kanser serviks (pangkal rahim), kanser rahim, rawatan kolposkopi, pembedahan laparotomi dan laparoskopi
Isnin, 25 April 2016
Rabu, 20 April 2016
Ahad, 3 April 2016
Jumaat, 1 April 2016
Kanser Serviks: 17 Soalan yang Kerap Ditanya dan Jawapannya pada Tahun 2016
Diambil dari website My.Doc.Asia
Kanser
Serviks: 17 Soalan yang Kerap Ditanya dan Jawapannya pada Tahun 2016
Kanser merupakan
penyebab utama kematian di seluruh dunia, merangkumi 8.2 juta kematian pada
tahun 2012. Kanser serviks merupakan salah satu penyebabnya. Di Malaysia, ia
merupakan kanser ketiga yang paling banyak dihadapi, merangkumi 11% daripada
semua kanser dalam kalangan wanita. Lebih daripada 1100 wanita telah didiagnos
bahawa menghadapi kanser serviks pada setiap tahun. Risiko menghadapi kanser
serviks meningkat selepas umur 30 tahun dan puncaknya adalah pada umur 60-69
tahun. Manakala di Indonesia, kanser serviks merupakan kanser kedua terbanyak
selepas kanser payudara. Sebanyak 15,000 kes baru tentang kanser serviks di
Indonesia pada setiap tahun. WHO meletakkan Indonesia sebagai negara yang
mempunyai penghidap kanser serviks yang paling banyak. Dalam erti kata lain,
kanser serviks merupakan pembunuh utama dalam kalangan wanita di Indonesia.
Bersempena dengan 8hb
Mac Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day), pasukan kami
memulakan kajian dan penyelidikan terhadap 5000+ rakyat Malaysia tentang topik
"apakah soalan
yang anda mahu bertanya tentang kanser serviks?" pada
Januari lepas. Di samping itu, kami juga telah menjalankan perbincangan tentang
kanser serviks bersama dengan pakar kanser wanita, Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi - Pakar Perunding
Obstetrik, Ginekologi dan GineOnkologi. Dr Zaharuddin kini menjalani amalannya
di KL Gynaecologist @ Gleneagles Medini Hospital, Johor, Malaysia.
Berikutnya adalah
soalan-soalan yang berkaitan kanser serviks kerap ditanya-tanya dan jawapannya
pada tahun 2016, beserta dengan bilangan yang "bertanya". Anda boleh klik pada pautan
soalan yang diminati agar dapat membaca dengan selanjutnya.
1.Apakah kanser serviks? (200 bertanya)
Serviks
merupakan bahagian bawah rahim yang bersambung ke bahagian atas faraj. Ia juga
dikenali sebagai pangkal rahim atau leher rahim. Ia terdiri daripada lapisan
sel. Sel-sel yang sihat akan tumbuh, membahagi dan digantikan jika perlu.
Kanser serviks berlaku apabila sel-sel tersebut berubah dan berkembang secara
mendadak ke lapisan yang lebih dalam atau merebak ke organ-organ lain. Sel
kanser akan membentuk tisu-tisu yang dikenali sebagai tumor kanser (tumor
malignan).
2. Adakah kanser serviks boleh diwarisi secara
keturunan ? (1000 bertanya)
Kanser
serviks tidak boleh diwarisi. Punca utama berlakunya kanser serviks adalah
jangkitan berterusan pada serviks yang disebabkan Human Papilloma Virus (HPV)
yang jenis ‘berisiko tinggi' (hrHPV). hrHPV adalah sejenis virus yang
dijangkiti dari individu ke individu lain semasa melakukan hubungan seks.
Sekurang-kurangnya separuh daripada individu yang aktif dalam melakukan
hubungan seks akan mendapat HPV dalam kehidupan mereka namun hanya segelintir
golongan wanita sahaja yang akan mendapat kanser serviks. Kira-kira 9 daripada
10 jangkitan hrHPV akan dihapuskan secara menyeluruh dalam jangsa masa 2 tahun.
Ini bermaksud kebanyakan wanita yang dijangkiti hrHPV tidak mendapat kanser.
Ianya hanya melibatkan sekumpulan kecil wanita yang dijangkiti hrHPV secara
berterusan. Jangkitan tersebut berkemungkinan mengakibatkan sel-sel tidak
normal pada serviks. Jika sel-sel ini tidak dirawati, ia mampu menjadi kanser
pada masa depan.
hrHPV
dijangkiti melalui hubungan seks, oleh yang demikian, kanser serviks bukan
penyakit yang boleh diwarisi secara keturunan.
3. Adakah kanser serviks dapat diubati? (880
bertanya)
Kanser
serviks berkembang secara perlahan. Ia bermula dari jangkitan hrHPV pada
serviks dan seterusnya menjadi sel-sel yang tidak normal. Peratusan kecil
daripada sel-sel tidak normal ini yang tidak dirawati akan menjadi tumor
kanser. Proses ini mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi tumor kanser.
Pap
smear secara berkala dapat mengesan sel-sel yang tidak normal sebelum ia
menjadi kanser. Sel-sel dan tisu-tisu yang tidak normal boleh dirawati dengan
prosedur yang mudah misalnya kolposkopi dan ‘large loop excision of the cervix’
(LLETZ). Prosedur ini akan mengeluarkan tisu-tisu yang tidak normal secara
menyeluruh sebelum ia menjadi kanser. Jika kanser ini hanya pada serviks,
pembedahan seperti Histerektomi Wertheim dapat mengeluarkan tumor kanser dengan
menyeluruh.
Peringkat
awal kanser serviks dapat diubati jika dirawat dengan sewajarnya oleh Pakar
GineOnkologi yang terlatih. Walaubagaimanapun, pesakit tersebut masih perlu
menjalani pemeriksaan susulan untuk pengawasan.
4. Adakah kanser serviks dapat merebak? Jika
ya…Di manakah kanser serviks merebak? Bolehkah ia diubati...? (600
bertanya)
Kanser
serviks boleh merebak ke organ-organ dan bahagian badan lain (metastasis).
Kanser merupakan ketulan tisu yang terdiri daripada sel kanser yang merebak
secara berterusan serta di luar kawalan. Kanser tersebut menyerang tisu dan
organ yang berhampiran, mengakibatkan kerosakan. Kanser juga berkemungkinan
merebak ke bahagian badan lain jika sesetengah sel kanser terpisah dengan tumor
asal (primer) dan dibawa melalui aliran darah saluran limfa ke
bahagian-bahagian badan yang lain seperti pundi kencing, usus besar, paru-paru,
hati dan tulang belakang. Sekumpulan sel ini mungkin berkembang untuk membentuk
tumor lain (sekunder/metastases) di satu atau lebih bahagian badan. Kanser
sekunder ini berkemungkinan tumbuh, menyerang serta merosakkan tisu yang
berhampiran dan seterusnya merebak lagi.
Kanser
serviks peringkat tinggi dengan penyakit yang merebak luas adalah sukar untuk
dirawati dan tidak dapat diubati dengan berkesan. Tujuan penyakit yang
peringkat tinggi adalah untuk mengawal penyakit tersebut, agar pesakit mampu
menjalani kehidupan yang selesa dengan kesakitan dan gejala-gejala secara
minimal.
5. Adakah kanser serviks dianggap penyakit
yang membawa maut? (400 bertanya)
Peringkat
awal kanser serviks dapat dirawati dengan berkesan dan penyakit ini juga dapat
dihapuskan secara menyeluruh dengan pembedahan/rawatan yang sesuai. Pesakit
tersebut dapat menjalankan kehidupan seperti individu lain dan risiko penyakit
ini berulang adalah agak sangat rendah.
Namun
begitu, kanser serviks peringkat tinggi dengan penyakit yang merebak luas tidak
dapat diubati dengan berkesan dan hasilnya (prognosis) adalah sangat tidak
baik.
6. Adakah kanser serviks berjangkit? (320
bertanya)
Kanser
serviks sendiri tidak akan berjangkit – Ia tidak dapat merebak dari individu ke
individu lain. Hanya hrHPV dapat berjangkit dan merebak melalui hubungan seks.
7. Apakah yang menyebabkan berlakunya kanser
serviks selain daripada hpv? (300 bertanya)
Punca
utama berlakunya kanser serviks adalah jangkitan berterusan pada serviks yang
disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) yang jenis ‘berisiko tinggi' (hrHPV).
Akan tetapi, risiko untuk menghidap kanser serviks yang jarang (dan kanser
faraj/vagina) meningkat dalam kalangan wanita di mana ibu mereka yang mengambil
ubat-ubatan diethylstilbestrol (DES) semasa mengandung. Hormon tersebut
diberikan kepada wanita yang pernah mengalami keguguran namun ianya tidak lagi
popular pada masa kini.
Faktor-faktor
seperti berikut meningkatkan risiko mengalami kanser serviks pada wanita telah
dijangkiti hrHPV:
·
Mengabaikan ujian Pap smear atau tidak pernah
menjalani ujian Pap smear. Golongan wanita yang tidak menjalani ujian Pap
secara berkala adalah lebih cenderung untuk menghidap kanser serviks kerana
ujian Pap membolehkan doktor untuk mengesan awal sel serviks yang tidak normal
sebelum ia menjadi kanser serviks.
·
Menghisap rokok. Wanita yang
menghisap rokok selalunya mengalami jangkitan hrHPV secara berterusan
disebabkan imuniti mereka lemah (jika dibandingkan dengan bukan perokok) dan
tidak mampu membasmi hrHPV.
·
Imuniti menurun. Wanita yang
mengalami keadaan sistem imun yang lemah seperti jangkitan HIV, penyakit kronik
terutamanya pengambilan ubat-ubatan imunosupresif misalnya pesakit pemindahan
buah pinggang dan kencing manis adalah berkemungkinan mempunyai risiko yang
lebih tinggi bagi menghidap kanser serviks.
·
Penyakit jangkitan secara seksual (STD). Wanita yang
dijangkiti dengan STD secara seksual adalah berisiko lebih tinggi dijangkiti
hrHPV.
·
Mempunyai lebih daripada empat anak. Wanita yang
mempunyai lima atau lebih ramai anak berkemungkinan lebih mudah mengalami
kanser serviks. Ini berkaitan dengan trauma berulang pada serviks semasa proses
kelahiran bayi secara normal. Oleh yang demikian, risiko mendapat jangkitan
hrHPV secara berterusan adalah lebih tinggi.
8. Apakah kanser serviks berasa? adakah kanser
serviks mencederakan/ menyebabkan kesakitan? (700 bertanya)
Peringkat
awal kanser serviks tidak menyebabkan sebarang tanda dan gejala. Kanser serviks
biasanya menyebabkan pendarahan, bintik-bintik darah, lendiran faraj secara
tidak normal. Haid mungkin lebih banyak, tidak sekata daripada biasa dan
berlakunya pendarahan selepas menjalani hubungan seks. Gejala-gejala penyakit
ini termasuklah sakit pelvis, masalah membuang air kecil, air kencing berdarah
dan kaki bengkak. Ini kerana kanser tersebut telah merebak ke organ yang
berhampiran dan kanser telah mengganggu fungsi organ.
9. Adakah saya mengalami kanser serviks? Bolehkah
saya melakukan pemeriksaan sendiri bagi mencegahnya? Bagaimanakah? (250
bertanya)
Sila
rujuk jawapan no.7
10. Adakah kanser serviks berbau? (200
bertanya)
Peringkat
awal kanser serviks tidak mempunyai sebarang gejala seperti berbau atau
berlakunya pendarahan. Walaubagaimanapun, jika kanser serviks dijangkiti kuman,
faraj akan berbau busuk serta lelehan berdarah.
11. Adakah kanser serviks merebak melalui
hubungan seks? (140 bertanya)
Kanser
serviks sendiri tidak akan berjangkit – Ia tidak dapat merebak dari individu ke
individu lain. Hanya hrHPV dapat berjangkit dan merebak melalui hubungan seks.
12. Adakah kanser serviks boleh berulang? (110
bertanya)
Seperti
kanser lain, kanser serviks boleh berulang terutamanya penyakit peringkat
tinggi semasa diagnosis pertama. Selepas menamatkan rawatan pertama, pesakit
digalakkan membuat rawatan susulan secara berkala seperti setiap 3 bulan untuk
2 tahun pertama rawatan tamat, seterusnya setiap 6 bulan untuk 2 tahun rawatan
kemudian dan jika tidak mempunyai sebarang bukti bahawa penyakit tersebut
berulang pada 5 tahun pertama, pesakit akan menjalani susulan secara tahunan.
Semasa rawatan susulan, pakar gineonkologi akan mengesan sama ada gejala-gejala
dan tanda-tanda penyakit tersebut ada berulang. Pemeriksaan faraj yang
termasuklah vault smear (seperti Pap smear) pada bahagian atas faraj.
13. Adakah kanser serviks dapat dielakkan? (70
bertanya)
Kanser
serviks dapat dielakkan. Wanita boleh menggelakkan penyakit ini dengan;
a. Dapatkan
suntikan vaksin HPV. Ia melindungi wanita daripada dijangkiti HPV yang sering
menyebabkan kanser serviks, faraj dan vulvar. Vaksin HPV adalah suntikan
sebanyak 3 kali untuk setiap individu. Suntikan vaksin HPV diberikan kepada
wanita bermula dari umur 9 tahun.
b. Lakukan Ujian
Pap Smear secara berkala bagi mengesan sel-sel serviks yang tidak normal.
c. Menjalani
pemeriksaan susulan dengan doktor seperti yang telah dijadualkan jika keputusan
Pap smear tidak normal. Jika sel-sel tidak normal tidak dirawati, ia mampu
menjadi kanser pada masa depan.
d. Jangan merokok
kerana merokok berkait rapat dengan jangkitan HPV secara berterusan yang
menyebabkan sel-sel tidak normal.
e. Amalkan seks
yang selamat dengan menggunakan kondom dan mempunyai pasangan seks yang tetap
mampu mengurangkan risiko menghidap kanser serviks.
14. Bolehkah kanser serviks berkembang dalam
masa setahun sahaja? (30 bertanya)
Kanser
serviks biasanya mengambil beberapa tahun untuk berkembang. Sel-sel serviks
pada permulaannya akan berubah menjadi tidak normal sebelum menjadi kanser.
Perubahan tersebut dikenali sebagai cervical intraepithelial neoplasia (CIN)
atau dysplasia. Jika sel-sel tidak normal tidak dirawati selama beberapa tahun,
ia mampu menjadi kanser pada masa depan.
15. Adakah kanser serviks dapat merebak dengan
pantas? (30 bertanya)
Sebaik
sahaja pesakit menghidap kanser serviks, penyakit ini pada mulanya akan merebak
ke organ-organ yang berhampiran seperti rahim, tisu sekitar rahim
(parametrium), ureter, pundi kencing dan rektum. Kanser ini boleh merebak ke
bahagian-bahagian badan seperti paru-paru, tulang belakang dan hati. Proses ini
mengambil masa beberapa bulan ke beberapa tahun.
Selepas
selesai rawatan utama kanser serviks (Pembedahan radikal dengan atau tanpa kemoterapi
/ radioterapi), pesakit adalah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan susulan
seperti yang telah dijadualkan supaya dapat mengesan penyakit ini sama ada
berulang atau tidak.
16. Bolehkah kanser serviks mengakibatkan
kemandulan? (170 bertanya)
Rawatan
untuk kanser serviks melibatkan histerektomi dengan atau tanpa kemoterapi /
terapi radiasi. Histerektomi bermaksud buang rahim. Kedua-kedua histerektomi
dan terapi radiasi menyebabkan pesakit mandul dan tidak dapat hamil.
Walaubagaimanapun,
pada peringkat awal kanser serviks (cth. Peringkat 1A), pembedahan mungkin
hanya melibatkan serviks (dengan tisu di sekitarnya) dan bahagian atas faraj.
Prosedur ini dikenali sebagai trachelectomy radikal. Pembedahan ini biasanya
adalah untuk pesakit muda yang belum lagi membentuk keluarga. Bagi kes seperti
ini, pesakit tidak mandul kerana masih mempunyai rahim.
17. Bolehkah kanser serviks menyebabkan haid
anda berhenti? (110 bertanya)
Gejala-gejala
kanser serviks seperti kitaran haid tidak normal, pendarahan selepas hubungan
seks (postcoital bleeding) dan pendarahan haid yang berpanjangan. Rawatan
kanser serviks dapat menghentikan haid kerana rahim akan dibuang dan terapi
radiasi boleh menyebabkan ovari tidak dapat berfungsi (menopause).
Jika
rawatan tersebut hanya trachelectomy radikal, rahim adalah dikekalkan dan
pesakit tersebut akan mempunyai kitaran haid seperti biasa.
Langgan:
Catatan (Atom)