Klinik Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Kanser Sakit Puan merangkumi pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit seperti ketumbuhan fibroid, sista (cyst) ovari, endometriosis,kanser ovari, kanser serviks (pangkal rahim), kanser rahim, rawatan kolposkopi, pembedahan laparotomi dan laparoskopi
Isnin, 5 Ogos 2013
Selasa, 23 April 2013
TOP 10 Kanser Wanita Di Malaysia
Top 10 Kanser Wanita Di Malaysia
sumber : National Cancer Registry 2007
Kanser Ovari
Kanser Pangkal Rahim (Cervix)
sumber : National Cancer Registry 2007
Kanser Ovari
Kanser Pangkal Rahim (Cervix)
UJIAN SARINGAN KANSER PANGKAL RAHIM (PAP SMEAR) SECARA BERKALA DAPAT MENGENALPASTI PERUBAHAN AWAL PANGKAL RAHIM YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER DI MASA DEPAN.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN AWAL AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BAIK DAN MENAMBAHKAN SURVIVOR.
Isnin, 22 April 2013
Keputusan Pap Smear Tidak Normal & Kolposkopi
Apabila keputusan ujian penyaringan kanser pangkal rahim Pap smear tidak normal, pesakit akan dirujuk kepada pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut kolposkopi (colposcopy). Pap smear tidak normal biasanya terdapat perubahan sedikit pada sel pangkal rahim. Perubahan sel ini mungkin merupakan petanda awal kanser pangkal rahim yang boleh berlaku di masa depan. Walau bagaimanapun, kemungkinan perubahan ini menjadi kanser sangat kecil.
Kolposkopi adalah satu lagi pemeriksaan saringan untuk menentukan lokasi dan jenis perubahan (abnormalities) di pangkal rahim. Semasa pemeriksaan, pesakit akan baring di katil khas, kaki diletakkan di atas alat penyokong kaki. Doktor pakar akan memasukkan alat ‘speculum’ sama seperti ujian Pap smear. Doktor pakar akan melihat pangkal rahim dengan alat kolposkop. Kolposkop merupakan alat khas yang mempunyai mikroskop. Ia merupakan kanta pembesaran yang mempunyai sumber cahaya. Alat ini tidak menyentuh atau dimasukkan ke badan pesakit.
Semasa pemeriksaan, doktor pakar akan menyapu beberapa jenis
cecair ujian termasuklah acetic acid 5% (seperti cuka masak) dan iodine. Setelah
itu, bahagian tidak normal di pangkal rahim akan lebih kelihatan jelas dan akan
dibiopsi. Pesakit mungkin terasa kurang selesa tetapi tidak sakit.
Ujian kolposkopi memakan masa 15 minit. Keputusan biopsi
siap dalam masa beberapa hari. Doktor pakar akan menasihatkan pesakit dan
menerangkan rawatan lanjut jika perlu ataupun pesakit hanya perlu menjalankan
ujian Pap smear secara berkala.
Apakah ujian penyaringan kanser pangkal rahim? (cervical screening/Pap smear)
Ujian penyaringan kanser pangkal rahim, juga dikenali
sebagai ‘Pap Smear’ adalah pemeriksaan sebahagian sel pangkal rahim (cervix)
untuk mengenalpasti perubahan yang bahaya pada pangkal rahim. Perubahan ini
(pre-cancerous changes) jika tidak
dirawat akan menyebabkan kanser di masa depan.
Ujian ini merupakan penyaringan yang mudah dan ringkas, di
mana lebih tumpuan kepada pangkal rahim. Walaupun keputusan ujian ini tidak
normal, tetapi selepas pemeriksaan lanjut selalunya tiada perubahan bahaya
(abnormalities) di pangkal rahim. Kadang-kadang, ujian ini boleh mengenalpasti
kanser pangkal rahim yang telah berlaku.
Kini, ujian penyaringan kanser pangkal rahim dikenali
sebagai ‘Liquid-based Cytology’ LBC kerana sample ujian dikumpulkan ke dalam
botol yg diisi oleh cecair khas. Kaedah ini lebih baik daripada cara lama Pap
smear (conventional) kerana keputusan ujian lebih tepat.
Ujian penyaringan kanser pangkal rahim secara berkala boleh mengurangkan peluang tidak mengenalpasti sel yang tidak normal. Jika sel yang tidak normal ini tidak dikenalpasti pada ujian kini, ianya mungkin dapat dikenalpasti ketika ujian berkala selanjutnya.
Ujian LBC ini adalah ringkas dan cepat, kurang dari seminit.
Pesakit akan baring di katil pemeriksaan dengan kaki berlipat di sendi lutut
dan punggung. Alat ‘speculum’ dimasukkan ke dalam faraj untuk membuka faraj
agar pangkal rahim dapat dilihat dengan lebih jelas lagi. Sample sel pangkal
rahim akan diambil menggunakan berus kecil khas untuk ujian ini, dan sel
dikumpulkan terus ke dalam botol yang berisi cecair khas. Alat speculum tadi
dikeluarkan dari faraj dan pemeriksaan selesai. Botol ujian tadi dihantar ke
makmal dan sel pangkal rahim diperiksa menggunakan mikroskop untuk
mengenalpasti sel yang tidak normal.
Klinik Dr Zaharuddin KL Gynaecologist
Klinik Perbidanan, Sakit Puan & Kanser Wanita di Selangor & Kuala Lumpur, Malaysia
(Klinik Obstetriks, Ginekologi & GineOnkologi di Selangor & Kuala Lumpur, Malaysia)
(Klinik Obstetriks, Ginekologi & GineOnkologi di Selangor & Kuala Lumpur, Malaysia)
'pendidikan dan penjagaan untuk wanita sekeluarga'
Blogspot ini adalah untuk memberikan maklumat dan
pengetahuan asas mengenai kesihatan dan penyakit berkaitan wanita. Perbincangan
adalah mengenai penyaringan kanser pangkal rahim (cervical screening),
pemeriksaan kolposcopi (colposcopy), kanser peranakan wanita (gynaeoncology),
penyakit sakit puan (gynaecology), kehamilan dan pembedahan.
Tujuan utama blogspot ini adalah untuk memberikan pendidikan
wanita sekeluarga berkenaan kesihatan am, pencegahan, pemeriksaan dan rawatan
untuk kehamilan dan sakit puan. Adalah diharapkan agar wanita sekeluarga akan
lebih memahami dan sedar bahawa terdapat banyak pilihan dalam perubatan
kehamilan dan sakit puan.
Walau bagaimanapun, pesakit mesti berjumpa pakar sakit puan
untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan mendalam mengenai masalah
kesihatan.
Langgan:
Catatan (Atom)










