Adakah Berpuasa
Selamat Untuk Bayi Kandungan?
Banyak kajian telah dijalankan, tetapi tiada jawapan yang
tepat sama ada berpuasa adalah selamat untuk wanita hamil dan bayi kandungan.
Untuk wanita hamil, undang-undang Islam tidak mewajibkan
mereka berpuasa. Mereka boleh menggantikan puasa kemudian, atau melakukan
fidyah, iaitu satu cara untuk mengimbangi puasa terlepas dalam bentuk makanan
atau bayaran (sila rujuk Jabatan Agama berdekatan).
Walau bagaimanapun, jika wanita hamil ingin berpuasa, ianya
adalah selamat untuk wanita dan bayi kandungan sekiranya mereka sihat dan tiada
masalah kehamilan.
Sekiranya wanita hamil tidak berasa sihat untuk berpuasa,
atau bimbang tentang kesihatan mereka atau kesihatan bayi mereka, wanita hamil
perlu berbincang dengan pakar OBGYN dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan
sebelum memutuskan untuk berpuasa.
Sekiranya bulan Ramadan jatuh dalam musim panas/kemarau,
hari siang sangat panjang dan panas menyebabkan wanita hamil lebih berisiko
tinggi mengalami dehidrasi.
Apakah Hasil Kajian
Terhadap Wanita Hamil Berpuasa Ramadan?
Beberapa kajian menunjukkan sedikit atau tiada kesan pada
bayi yang baru lahir yang ibu berpuasa semasa hamil.
Antara hasil kajian :
• The Apgar skor bayi wanita yang berpuasa semasa hamil
adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
• Berpuasa semasa hamil boleh menyebabkan bayi yang
mempunyai berat lahir yang lebih ringan, terutamanya jika puasa itu berlaku
dalam trimester pertama. Walau bagaimanapun, kajian lain mendapati perbezaan
dalam berat lahir sangat kecil dan tidak signifikan.
• Bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang berpuasa sama ada
semasa hamil atau pada masa konsepsi mempunyai tumbesaran yang kecil. Tetapi perbezaan
ini adalah sangat kecil dan tidak signifikan.
• Terdapat perbezaan bahan kimia dalam darah apabila wanita
hamil berpuasa berbanding dengan wanita hamil tidak berpuasa. Tetapi perubahan
tidak berbahaya kepada mereka dan bayi kandungan.
Apa Yang Perlu
Dilakukan Oleh Wanita Hamil Jika Berpuasa di Bulan Ramadan?
Lazimnya, sekiranya wanita hamil mempunyai berat badan dan
gaya hidup yang sihat, mereka akan dapat berpuasa Ramadan dengan lebih baik dan
berjaya. Ini kerana bayi kandungan
merupakan ‘parasit’ yang memerlukan nutrisi yang cukup dari wanita hamil.
Wanita hamil yang sihat mempunyai simpanan nutrisi dan tenaga yang cukup tidak
mempunyai kesan yang besar ketika berpuasa.
Keadaan kesihatan
wanita hamil yang berpuasa Ramadan bergantung kepada;
• kesihatan sebelum hamil
• peringkat kematangan kehamilan
• tempoh masa berpuasa pada siang hari
Berpuasa Ramadan di musim panas/kemarau mungkin lebih
mencabar berbanding berpuasa di musim sejuk/hujan kerana waktu siang yang
panjang dan suhu yang lebih panas.
Ramaikah Wanita Hamil
Berpuasa Ramadan?
Menurut beberapa kajian, kira-kira tiga perempat (75%) daripada wanita Islam yang hamil seluruh dunia
memilih untuk berpuasa Ramadan. Tetapi semua orang mempunyai cara mereka
sendiri untuk menghadapi puasa Ramadan.
Kebanyakan ulamak mengatakan bahawa wanita perlu berpuasa
jika cukup sihat untuk berbuat demikian. Tetapi mereka juga mengatakan bahawa
jika wanita hamil tidak sihat, mereka tidak wajib berpuasa. Wanita hamil tidak patut
mengabaikan kebenaran khas ini jika merasa kurang sihat, atau jika mereka takut
puasa yang boleh membahayakan diri sendiri atau bayi kandungan.
Persediaan Berpuasa Ramadan
Merancang lebih awal untuk memudahkan ibadah puasa pada
bulan Ramadan:
• Berbincang dengan pakar OBGYN, lakukan pemeriksaan
kesihatan dan lakukan saringan komplikasi hamil seperti anaemia (kurang darah
merah), kencing manis (gestational diabetes mellitus) dan darah tinggi (pregnancy-induced
hypertension, PIH).
Wanita hamil yang mempunyai komplikasi penyakit lain mungkin
memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap untuk memantau keadaan kehamilan. Biasanya, wanita
hamil yang mempunyai kencing manis yang hanya memerlukan kawalan diet
(gestational diabetes on diet control) atau keadaan darah tinggi yang sederhana
(mild PIH) dapat menjalankan ibadah
puasa Ramadan tanpa masalah beasar.
Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai kencing
manis yang memerlukan insulin atau keadaan PIH yang memerlukan ubat darah
tinggi, mereka biasanya tidak digalakkan untuk berpuasa Ramadan kerana
kesukaran mengawal keadaan penyakit mereka.
• Wanita yang suka minum minuman berkafein seperti kopi, teh
dan kola, mereka perlu mengurangkan minuman ini ketika hamil dan berpuasa untuk
mengurangkan risiko ketagihan dan mencegah sakit kepala ketika berpuasa. Wanita
hamil tidak boleh minum lebih 200mg kafein sehari, iaitu kira-kira dua cawan
kopi segera. Minuman berkafein juga menyebabkan dehidrasi kerana pengeluaran
kencing yang banyak.
• Berbincang dengan majikan mengenai menguruskan kerja semasa
Ramadan, sama ada dengan mengurangkan waktu kerja atau mempunyai rehat tambahan
dan lebih kerap.
• Bincang dengan pakar OBGYN atau pakar diet mengenai diet
ketika berpuasa. Diari pemakanan mungkin penting untuk wanita hamil tahu apa
yang dia makan dan minum untuk memastikan mereka memperolehi makanan yang sihat
dan seimbang.
Tanda-tanda Wanita
Hamil Tidak Sihat Ketika Berpuasa
• Penambahan berat badan yang tidak cukup atau kekurangan
berat badan ketika berpuasa
• Kerap haus, kencing yang kurang kerap, warna kencing yang
sangat pekat/gelap dan berbau. Ini
adalah tanda-tanda dehidrasi, dan menyebabkan wanita hamil lebih terdedah
kepada jangkitan saluran kencing (UTI) atau komplikasi lain.
• Sakit kepala ketika bangun, berjalan, berdiri atau sakit
lain, atau demam.
• Loya atau mula muntah.
Hubungi Klinik/Hospital
jika;
• Terdapat perubahan ketara dalam pergerakan bayi, seperti
jika bayi tidak bergerak atau tidak aktif.
• Sakit seperti kontraksi. Ini mungkin tanda-tanda kelahiran
pramatang.
• Pening, pengsan, lemah, keliru atau letih, walaupun
selepas wanita hamil mempunyai rehat yang cukup. Berbuka puasa dengan segera
dan minum air yang manis dan bernutrisi, atau larutan rehidrasi.
TIPS UNTUK BERPUASA RAMADAN
DENGAN LEBIH MUDAH DAN BERJAYA
• Bertenang dan mengelakkan keadaan tertekan. Perubahan
dalam rutin harian, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa
yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada
bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormone stress kortisol yang lebih
tinggi dalam darah mereka berbanding wanita yang tidak berpuasa.
• Ambil perkara-perkara yang mudah dan menerima bantuan
apabila ia ditawarkan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan tidur lewat, wanita
hamil perlu untuk memastikan ibadah puasa Ramadan ini lebih tenang.
• Minta keluarga atau rakan-rakan yang telah berpuasa ketika
sedang hamil untuk tips dan cadangan.
• Berehat di tempat sejuk kerana wanita hamil mungkin
mengalami dehidrasi dengan cepat, yang tidak baik untuk diri sendiri atau bayi.
• Rancang kerja-kerja seharian supaya wanita hamil boleh
rancang rehat yang lebih kerap dan cukup.
• Cuba untuk tidak berjalan jauh atau membawa apa-apa barang
berat.
• Kurangkan kerja rumah yang boleh menyebabkan cepat penat.
TIPS UNTUK BERBUKA
PUASA DAN SAHUR RAMADAN
Pilihlah makanan yang sihat ketika berbuka, makan snek (yang
sihat) sebelum tidur dan minumlah dengan banyak ketika sahur.
Pastikan wanita hamil tidak lupa bersahur, jika perlu setkan
jam penggera supaya dapat bangun untuk bersahur. Sahur pada waktu yang lambat
dan hampir subuh.
• Pilih makanan yang membebaskan tenaga secara
perlahan-lahan. Karbohidrat kompleks, seperti bijirin penuh dan makanan tinggi
serat seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan membantu
untuk membuat wanita hamil sentiasa bertenaga. Ini juga akan membantu untuk
mengelakkan sembelit.
• Elakkan mempunyai banyak makanan manis yang akan
meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat. Paras gula dalam darah ini
kemudiannya boleh turun dengan cepat, yang boleh membuat wanita hamil rasa mahu
pengsan dan pening.
• Pilih makanan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang
kuda daripada makanan tinggi lemak.
• Pastikan wanita hamil mendapat banyak protein daripada
kacang, kekacang, daging yang dimasak dan telur. Ini akan membantu bayi membesar
dengan baik.
• Cuba minum kira-kira 1.5- 2 liter air atau cecair dari
waktu buka hingga waktu sahur. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
Kafein membuatkan wanita hamil kehilangan lebih banyak air apabila kencing, menyebabkan
wanita hamil lebih cenderung untuk menjadi dehidrasi, terutamanya jika cuaca
panas.
PERLUKAH WANITA HAMIL
BERPUASA?
Bincang dengan pakar OBGYN sebelum mula berpuasa samada
wanita hamil sihat untuk berpuasa Ramadan atau tidak. Sekiranya wanita hamil
itu sihat, cuba berpuasa sehari atau lebih, pantau apa yang dialaminya dan
lakukan pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap. Sekiranya kehamilan tiada
masalah, ramai wanita hamil gembira dapat menjalankan ibadah puasa Ramadan
penuh sebulan.
Walau bagaimanapun, sekiranya wanita hamil bimbang terhadap
kesihatan dirinya atau bayi kandungan, mereka tidak diwajibkan berpuasa Ramadan
dan mereka hanya perlu ganti puasa atau membayar fidyah.
Rujukan : babycentre.uk