Sista Ovari (Ovarian Cyst)
Wanita mempunyai dua ovari , satu di setiap belah rahim (uterus)
di dalam bahagian bawah abdomen. Ovari adalah bulat kecil, kira-kira saiz
walnut (ovari kilang telur). Wanita yang subur akan mengeluarkan telur (ovum )
setiap bulan dari salah satu ovari.
Sista (Cyst) adalah satu kantung berisi cecair. Sista terjadi di
pelbagai tempat di dalam badan. Bergantung kepada jenis sista , cecair dalam
sista tersebut boleh terdiri daripada cecair nipis, cair, pekat dan bersalut
dinding yand tebal. Sesetengah sista mempunyai bahagian dinding yang tebal,
mengandungi pepejal dan cecair di dalam.
Sista pada ovari adalah sangat biasa. Majoriti sista ovari adalah
bukan kanser (benign) tetapi terdapat juga sista ovari yang kanser (malignant)
, atau boleh menjadi kanser di masa depan .
Sista ovari boleh berbeza
dari segi saiz - dari kurang daripada saiz 1 cm hingga saiz tembikai besar
(kadang-kadang lebih besar).
Gejala Sista Ovari
Sista ovari yang kecil biasanya tidak menyebabkan gejala.
Sesetengah sista boleh menyebabkan sakit yang tidak spesifik atau sakit yang
menyucuk di bahagian abdomen dan
kesakitan semasa menjalani aktiviti-aktiviti tertentu .
Sista yang lebih besar boleh menyebabkan kilasan (berpusing/twist)
ovari yang menyebabkan kesakitan yang akut. Pesakit biasanya juga mengalami
gejala muntah.
Sista yang berdarah atau pecah boleh membawa kepada masalah yang
serius yang memerlukan rawatan segera / kecemasan.
Diagnosis Sista Ovari
Oleh kerana kebanyakan sista ovary tiada gejala yang spesifik, sista
ovary biasanya didiagnosis secara kebetulan - semasa pemeriksaan rutin atau
jika pesakit mempunyai imbasan ultrasound untuk tujuan lain.
Jika pesakit mempunyai gejala spesifik sista ovari, pakar sakit
puan akan memeriksa abdomen pesakit dan melaksanakan peperiksaan pelvis manual (dalaman).
Pakar sakit puan mungkin dapat merasai bengkak abnormal yang mungkin disebabkan
oleh sista ovari.
Imbasan ultrasound dilakukan untuk diagnosis sista ovari. Imbasan
ultrasound adalah ujian yang selamat dan tidak menyakitkan yang menggunakan
gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ-organ dan struktur dalam badan
pesakit. Alat pengimbas boleh diletakkan di atas abdomen untuk mengimbas ovari.
Imbasan ultrasound juga boleh dilakukan melalui faraj untuk mengimbas ovari dan
imej adalah yang lebih jelas dan terperinci.
Imbasan CT scan dilakukan jika sista ovari adalah banyak ,
kompleks atau kemungkinan kanser. CT scan menghasilkan imej yang lebih jelas
daripada imej ultrasound scan,dan dapat membandingkan sista ovary yang kompleks
dengan struktur-struktur lain di bahagian pelvis dan abdomen.
Pesakit biasanya akan menjalani ujian darah serum CA 125.
Peningkatan serum tahap CA 125 boleh menjadi tanda kanser ovari di kalangan
wanita menopaus. Bagaimanapun di kalangan wanita premenopausal , serum
peningkatan tahap CA 125 boleh disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser
seperti fibroid, jangkitan kuman, endometriosis dan lain-lain .
Rawatan Untuk Sista Ovari
Pakar sakit puan akan member nasihat mengenai rawatan terbaik bagi
pesakit sista ovari. Rawatan bergantung kepada beberapa faktor:
a- Saiz dan jenis sista
b- Umur / status menopause
c- Gejala
d- Keinginan untuk mempunyai anak-anak / keluarga yang sudah
lengkap
Pemerhatian (Observation) - sista ovari kecil biasanya akan lenyap atau
mengecil dari masa ke masa. Pesakit mungkin dinasihatkan untuk menjalani imbasan ultrasound ulangan selepas beberapa
minggu atau lebih. Jika sista ovari sudah tiada lagi dan tidak ada tanda-tanda sakit
maka tiada tindakan lanjut diperlukan.
Operasi/Pembedahan – pesakit akan dinasihatkan untuk
membuang sista ovari , terutamanya jika pesakit mempunyai gejala sakit atau
jika sista tersebut adalah besar.
Pakar sakit puan akan mencadangkan untuk mengeluarkan sista ovary
untuk menentukan dengan tepat jenis sista tersebut dan memastikan tidak ada sel-sel kanser di
dalamnya.
Sista yang lebih kecil boleh dikeluarkan melalui pembedahan lubang
kunci ( laparoskopi ).
Sista yang lebih besar memerlukan pembedahan laparotomi yang biasa.
Dalam kebanyakan sista bukan kanser (benign) , hanya sista
dikeluarkan ( cystectomy ) dan tisu ovari dipelihara.
Dalam beberapa kes, ovari juga dikeluarkan serta struktur pelvik
berhampiran seperti rahim, tiub fallopion dan ovari yang bertentangan. Pakar
sakit puan akan memberi kaunseling dan nasihat mengenai pilihan rawatan
tertentu yang sesuai untuk pesakit.
Terdapat pelbagai jenis sista ovari ;
Functional Ovarian Cyst:
Ini adalah jenis yang paling biasa dan berlaku pada wanita masih
reproduktif (wanita yang masih mempunyai
haid) dan mempunyai masalah ovulasi.
a.
Follicular Cyst .
Folikel ovari
boleh membesar dan mengandungi cecair. Ini biasanya terjadi di kalangan wanita
yang menerima rawatan kemandulan atau ubat hormon.
b- Corpus luteum Cyst .
Ini berlaku apabila
corpus luteum mengandungi cecair atau darah dan menjadi sista. Sista berisi
darah ini juga dikenali sebagai sista berdarah (haemorrhagic cyst).
Sista jenis ini boleh membesar tetapi jarang melebihi 5 cm
diameter. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan , kerana sista jenis ini akan
lenyap secara spontan dalam masa beberapa minggu .
Sista Dermoid (Dermoid Cyst)
Sista dermoid cenderung berlaku di kalangan wanita muda. Sista
boleh berkembang agak besar sehingga 15 cm diameter.
Sista terbentuk daripada sel-sel yang membuat telur dalam ovari.
Telur mempunyai potensi untuk berkembang menjadi apa-apa sahaja jenis sel. Oleh
itu, sista ini boleh berkembang menjadi pelbagai
jenis tisu. Hasilnya ,sista ini sering mengandungi kandungan ganjil seperti
rambut , bahagian-bahagian gigi atau tulang, tisu lemak dan lain-lain.
Hampir 1 dalam 10 kes sista
dermoid terbentuk pada kedua-dua ovari .
Sista dermoid boleh terjadi dalam ahli keluarga yang sama.
Cystadenomas
Ini terbentuk daripada sel-sel yang meliputi bahagian luar ovari.
Terdapat beberapa jenis yang berbeza. Sebagai contoh, cystadenomas serous mengandungi
cecair nipis/cair dan cystadenomas
musinous mengandungi cecair mukus yang
pekat. Sista jenis ini sering melekat
pada ovari oleh tangkai dan tidak berkembang
dalam ovari. Sista ini boleh berkembang
sangat besar dan biasanya bukan kanser (benign).
Endometriotic Cyst
Ramai wanita yang mengalami endometriosis mempunyai satu atau
lebih sista pada ovari mereka . Endometriosis adalah keadaan di mana tisu
endometrium (tisu yang dalam rahim ) ditemui di luar rahim. Ia kadang-kadang
membentuk sista yang mengandungi darah. Darah lama dalam sista ini kelihatan
seperti coklat. Ianya juga dikenali sebagai sista coklat. Ianya bukanlah kanser
(benign ).
Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Polycystic bermakna banyak sista. Dalam PCOS , pesakit mempunyai
banyak sista benign kecil di ovari. Sista ini terjadi kerana masalah dengan
ovulasi ( pengeluaran telur bulanan ) yang disebabkan oleh ketidakseimbangan
hormon. PCOS seringkali dikaitkan dengan masalah haid , kurang kesuburan,
pertumbuhan rambut yang lebat, obesiti
dan jerawat.