Ujian penyaringan kanser pangkal rahim, juga dikenali
sebagai ‘Pap Smear’ adalah pemeriksaan sebahagian sel pangkal rahim (cervix)
untuk mengenalpasti perubahan yang bahaya pada pangkal rahim. Perubahan ini
(pre-cancerous changes) jika tidak
dirawat akan menyebabkan kanser di masa depan.
Ujian ini merupakan penyaringan yang mudah dan ringkas, di
mana lebih tumpuan kepada pangkal rahim. Walaupun keputusan ujian ini tidak
normal, tetapi selepas pemeriksaan lanjut selalunya tiada perubahan bahaya
(abnormalities) di pangkal rahim. Kadang-kadang, ujian ini boleh mengenalpasti
kanser pangkal rahim yang telah berlaku.
Kini, ujian penyaringan kanser pangkal rahim dikenali
sebagai ‘Liquid-based Cytology’ LBC kerana sample ujian dikumpulkan ke dalam
botol yg diisi oleh cecair khas. Kaedah ini lebih baik daripada cara lama Pap
smear (conventional) kerana keputusan ujian lebih tepat.
Ujian penyaringan kanser pangkal rahim secara berkala boleh mengurangkan peluang tidak mengenalpasti sel yang tidak normal. Jika sel yang tidak normal ini tidak dikenalpasti pada ujian kini, ianya mungkin dapat dikenalpasti ketika ujian berkala selanjutnya.
Ujian LBC ini adalah ringkas dan cepat, kurang dari seminit.
Pesakit akan baring di katil pemeriksaan dengan kaki berlipat di sendi lutut
dan punggung. Alat ‘speculum’ dimasukkan ke dalam faraj untuk membuka faraj
agar pangkal rahim dapat dilihat dengan lebih jelas lagi. Sample sel pangkal
rahim akan diambil menggunakan berus kecil khas untuk ujian ini, dan sel
dikumpulkan terus ke dalam botol yang berisi cecair khas. Alat speculum tadi
dikeluarkan dari faraj dan pemeriksaan selesai. Botol ujian tadi dihantar ke
makmal dan sel pangkal rahim diperiksa menggunakan mikroskop untuk
mengenalpasti sel yang tidak normal.